サイトマップ本館について諮問委員会お問い合わせ資料提供著作権について当サイトの内容を引用するホームページへ        

書目仏学著者データベース当サイト内
検索システム全文コレクションデジタル仏経言語レッスンリンク
 


加えサービス
書誌管理
書き出し
Kajian Pengaruh Model Master Chin Kung Terhadap Penyebaran dan Perkembangan Persatuan Penganut Agama Buddha Amitabha Malaysia=The Study on the Influence of the Master Chin Kung Model towards the Spread and the Growth of the Amitabha Buddhist Society Malaysia
著者 Poey, Tiang Peow (著)
掲載誌 回應布央谷的呼喚:第四屆馬來西亞佛教國際研討會論文集=Answering the call from Bujang Valley: Proceeding of the 4th International Conference on Malaysian Buddhism
出版年月日2017.09
ページ79 - 109
出版者馬來西亞佛教學術研究會=Buddhist Research Society of Malaysia
出版サイト http://www.brsm.org.my
出版地Petaling Jaya, Selangor, Malaysia [八打靈再也, 雪蘭莪州, 馬來西亞]
資料の種類會議論文=Proceeding Article
言語馬來文=Malay
抄録Tesis ini merupakan satu kajian tentang pengaruh Model Master Chin Kung terhadap penyebaran dan perkembangan Persatuan Penganut Agama Buddha Amitabha Malaysia (PPABAM) yang terletak di Malaysia.Tinjauan ke atas pengaruh Model Master Chin Kung terhadap pentadbiran dan pengurusan pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh PPABAM adalah merangkumi empat aspek utama iaitu pendidikan, kebudayaan, kebajikan dan kultivasi yang dijadikan sebagai tumpuan kajian ini, akan memudahkan kefahaman kita berhubung dengan trend penyebaran dan perkembangan PPABAM yang memainkan peranan penting dalam menyebarluaskan pendidikan agama Buddha di Malaysia. Model Master Chin Kung adalah berdasarkan Empat Misi Sucinya yang meliputi; (1) Memulihkan agama Buddha sebagai pendidikan Buddha tradisi.Pendidikan Buddha tradisi adalah berpusatkan pendidikan duniawi, alam semesta dan akhirat yang disampaikan melalui ajaran Dharma Buddha oleh pengasas agama Buddha iaitu Buddha Shakyamuni.(2) Mendorong dan mengembangkan penggunaan Bahasa Cina Klasik secara meluas.Penguasaan Bahasa Cina Klasik dapat membolehkan seseorang menimba ilmu yang serba lengkap dan lebihmendalam seperti yang tercatat dalam Si Ku Quan Shu 《四庫全書》 dan Qianlong Dazangjing 《乾隆大藏經》; (3)Mendorong dan meluaskan konsep dan semangat kekeluargaan yang terkandung dalam tradisi kebudayaan orang Cina.Konsep dan semangat kekeluargaan ini ada tercatat di dalam kitab Dizigui; (4) Mempromosikan dan memperkembangkan pendidikan multi agama dan budaya.Ia dapat mentransformasikan dan menyelesaikan konflik yang semakin runcing yang sering berlaku di antara manusia dan mengekalkan keamanan sedunia. Objektif tesis ini pula adalah bertujuan meninjau sejauh manakah pengaruh Model Master Chin Kung terhadap penyebaran dan perkembangan PPABAM di Malaysia dan sebab-sebab utama PPABAM mengaplikasikannya agar dapat memberi manfaat kepada para penganut secara khusus dan masyarakat tempatan secara amnya. Kaedah penyelidikan tesis ini adalah menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif adalah merangkumi kaedah perpustakaan, pemerhatian dan temu bual.Manakala, kaedah kuatitatif pula dijalankan melalui kajian soal selidik dalam kalangan penganut-penganut PPABAM. Tesis ini menggunakan Teori Fungsionalisme Struktural baru, iaitu Model AGIL yang telah diasaskan oleh ahli sosiologi Talcott Parsons untuk menganalisa data-data kajian yang terkumpul. Model AGIL terdiri daripada empat faktor utama iaitu A: Adaptation, G: Goal Attainment, I: Integration, dan L: Latence. Hasil kajian ini dapat menggambarkan maklumat-maklumat bagaimana PPABAM melaksanakan dan mengaplikasikan Model Master Chin Kung dalam proses penyebaran dan perkembanganagama Buddha di Malaysia dan sebab-sebab utama PPABAM mengaplikasinya. Pengkaji tesis ini berpendapat bahawa penyebaran dan perkembangan PPABAM adalah sebati dengan sebahagian daripada hikayat hidup Master Chin Kung yang pada peringkat usia tuanya telah mencurahkan Empat Misi Sucinya dan mempengaruhi arah dan haluan PPABAM dalam proses penyebaran dan perkembangan pendidikan agama Buddha amnya dan ajaran Tanah Suci Amitabha khususnya di Malaysia.

This thesis is a study on the influence of the Master Chin Kung Model towards the spread and the growth of Amitabha Buddhist Society Malaysia (PPABAM) which has been located in Malaysia. The survey on the influence of the Master Chin Kung Model towards the administration and management of the various activities carried out by PPABAM is comprised of four aspects namely education, culture, welfare, and cultivation, and they serve as the focus of this study in which it facilitates our understanding in regards to the PPABAM’s dissemination and development trend that plays a vital role in spreading the religious teachings of Buddhism in Malaysia. The Master Chin Kung Model's Four Holy Aims comprises of: 1. Restoring Buddhism through traditional Buddhism education, which focuses on the worldly teachings, the universe, and the hereafter as taught th
目次Abstract 79
Abstrak 80
1. Pendahuluan 81
2. Peringkat Penyebaran dan Perkembangan PPABAM 81
(1)Peringkat Persediaan Dalam Penubuhan (1993-1995) 81
(2)Peringkat Permulaan Operasi Selepas Penubuhan (1996-2000) 82
(3)Peringkat Perkembangan (2001-2010) 82
(4)Peringkat Pengukuhan (2011-2014) 86
3.Dari segi pentadbiran, PPABAM menganjur dan memantau pelbagai aktiviti 88
4.Dari segi keagamaan, PPABAM menganjur dan memantau pelbagai aktiviti 94
5.Mengkaji peranan penting PPABAM dalam empat aspek iaitu pendidikan, kebudayaan, kebajikan dan kultivasi melaksanakan aktiviti 95
6.Kesimpulan 107
Rujukan 108
ISBN9789671009147
ヒット数239
作成日2023.12.18
更新日期2023.12.18



Chrome, Firefox, Safari(Mac)での検索をお勧めします。IEではこの検索システムを表示できません。

注意:

この先は にアクセスすることになります。このデータベースが提供する全文が有料の場合は、表示することができませんのでご了承ください。

修正のご指摘

下のフォームで修正していただきます。正しい情報を入れた後、下の送信ボタンを押してください。
(管理人がご意見にすぐ対応させていただきます。)

シリアル番号
689120

検索履歴
フィールドコードに関するご説明
検索条件ブラウズ