Petaling Jaya, Selangor, Malaysia [八打靈再也, 雪蘭莪州, 馬來西亞]
資料類型
會議論文=Proceeding Article
使用語言
馬來文=Malay
摘要
Kebanyakan kajian berkaitan logik Buddha sebenarnya hanyalah berbentuk sejarah gelintaran teks-teks Asanga, Vasubandhu, Dignaga, Dharmakirti, Dharmottara, dll, diikuti dengan perbahasan berkenaan isi kandungan teks berkenaan, yang kadang-kadangnya masih cenderung kepada rujukan silang berbagai versi teks berkenaan seluruh dunia. Teks-teks logik ini masih terbenam dalam lipatan sejarah kesusasteraan Buddha yang berpusat di Cina, India, Nepal, Tibet, Jepun, dll negara.Amatlah langka kami bertemu perbahasan logik Buddha berbanding logik Greek-Eropah-Barat, dan berbanding logik Islam, contohnya. Kami bukanlah mahu menyatakan bahawa tidak perlunya kajian sejarah tadi, dan hanyalah mahu menumpukan kajian terhadap perbandingan ini, tetapi kami mahu melihat apakah perbahasan logik Buddha sebenarnya juga membahaskan intipati-intipati yang sama dibahaskan di Eropah-Barat? Tentang berbagai permasalahan ontologi, epistemologi, metafizik, linguistik, matematik, sains, teknologi, dll.Ini sebenarnya, secara tidak langsung, mengangkat kualiti perbahasan logik Budha agar dilihat juga membahaskan permasalahan-permasalahan logik Eropah-Barat semasa. Berdasarkan itu, kami akan meneliti apakah yang diperbahaskan dalam logik (rujukannya banyak spt Aristotle, Ibn Sina, Kant, dll), fenomenologi (rujukan kepada Husserl dan Heidegger) dan dekonstruktif (rujukan kepada Derrida), dan akan ditunjukkan bahawa perbahasan yang lebih kurang sama dihasilkan oleh Dignaga, Dharmakirti, Dharmottara, dll.
目次
Abstrak 40 A. Pengenalan 40 B11. Perkembangan Logik Sehingga Boole 40 B12. Logik Matematik Brouwer-Heyting 42 B2. Fenomenologi Husserl 43 B3. Dekonstruktif Derrida 44 C. Konsep Apoha dalam Logik Buddha 45 D. Kesimpulan 46 Rujukan 46