網站導覽關於本館諮詢委員會聯絡我們書目提供版權聲明引用本站捐款贊助回首頁
書目佛學著者站內
檢索系統全文專區數位佛典語言教學相關連結
 


加值服務
書目管理
書目匯出
Kajian Pengaruh Model Master Chin Kung Terhadap Penyebaran dan Perkembangan Persatuan Penganut Agama Buddha Amitabha Malaysia=The Study on the Influence of the Master Chin Kung Model towards the Spread and the Growth of the Amitabha Buddhist Society Malaysia
作者 Poey, Tiang Peow (著)
出處題名 回應布央谷的呼喚:第四屆馬來西亞佛教國際研討會論文集=Answering the call from Bujang Valley: Proceeding of the 4th International Conference on Malaysian Buddhism
出版日期2017.09
頁次79 - 109
出版者馬來西亞佛教學術研究會=Buddhist Research Society of Malaysia
出版者網址 http://www.brsm.org.my
出版地Petaling Jaya, Selangor, Malaysia [八打靈再也, 雪蘭莪州, 馬來西亞]
資料類型會議論文=Proceeding Article
使用語言馬來文=Malay
摘要Tesis ini merupakan satu kajian tentang pengaruh Model Master Chin Kung terhadap penyebaran dan perkembangan Persatuan Penganut Agama Buddha Amitabha Malaysia (PPABAM) yang terletak di Malaysia.Tinjauan ke atas pengaruh Model Master Chin Kung terhadap pentadbiran dan pengurusan pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh PPABAM adalah merangkumi empat aspek utama iaitu pendidikan, kebudayaan, kebajikan dan kultivasi yang dijadikan sebagai tumpuan kajian ini, akan memudahkan kefahaman kita berhubung dengan trend penyebaran dan perkembangan PPABAM yang memainkan peranan penting dalam menyebarluaskan pendidikan agama Buddha di Malaysia. Model Master Chin Kung adalah berdasarkan Empat Misi Sucinya yang meliputi; (1) Memulihkan agama Buddha sebagai pendidikan Buddha tradisi.Pendidikan Buddha tradisi adalah berpusatkan pendidikan duniawi, alam semesta dan akhirat yang disampaikan melalui ajaran Dharma Buddha oleh pengasas agama Buddha iaitu Buddha Shakyamuni.(2) Mendorong dan mengembangkan penggunaan Bahasa Cina Klasik secara meluas.Penguasaan Bahasa Cina Klasik dapat membolehkan seseorang menimba ilmu yang serba lengkap dan lebihmendalam seperti yang tercatat dalam Si Ku Quan Shu 《四庫全書》 dan Qianlong Dazangjing 《乾隆大藏經》; (3)Mendorong dan meluaskan konsep dan semangat kekeluargaan yang terkandung dalam tradisi kebudayaan orang Cina.Konsep dan semangat kekeluargaan ini ada tercatat di dalam kitab Dizigui; (4) Mempromosikan dan memperkembangkan pendidikan multi agama dan budaya.Ia dapat mentransformasikan dan menyelesaikan konflik yang semakin runcing yang sering berlaku di antara manusia dan mengekalkan keamanan sedunia. Objektif tesis ini pula adalah bertujuan meninjau sejauh manakah pengaruh Model Master Chin Kung terhadap penyebaran dan perkembangan PPABAM di Malaysia dan sebab-sebab utama PPABAM mengaplikasikannya agar dapat memberi manfaat kepada para penganut secara khusus dan masyarakat tempatan secara amnya. Kaedah penyelidikan tesis ini adalah menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif adalah merangkumi kaedah perpustakaan, pemerhatian dan temu bual.Manakala, kaedah kuatitatif pula dijalankan melalui kajian soal selidik dalam kalangan penganut-penganut PPABAM. Tesis ini menggunakan Teori Fungsionalisme Struktural baru, iaitu Model AGIL yang telah diasaskan oleh ahli sosiologi Talcott Parsons untuk menganalisa data-data kajian yang terkumpul. Model AGIL terdiri daripada empat faktor utama iaitu A: Adaptation, G: Goal Attainment, I: Integration, dan L: Latence. Hasil kajian ini dapat menggambarkan maklumat-maklumat bagaimana PPABAM melaksanakan dan mengaplikasikan Model Master Chin Kung dalam proses penyebaran dan perkembanganagama Buddha di Malaysia dan sebab-sebab utama PPABAM mengaplikasinya. Pengkaji tesis ini berpendapat bahawa penyebaran dan perkembangan PPABAM adalah sebati dengan sebahagian daripada hikayat hidup Master Chin Kung yang pada peringkat usia tuanya telah mencurahkan Empat Misi Sucinya dan mempengaruhi arah dan haluan PPABAM dalam proses penyebaran dan perkembangan pendidikan agama Buddha amnya dan ajaran Tanah Suci Amitabha khususnya di Malaysia.

This thesis is a study on the influence of the Master Chin Kung Model towards the spread and the growth of Amitabha Buddhist Society Malaysia (PPABAM) which has been located in Malaysia. The survey on the influence of the Master Chin Kung Model towards the administration and management of the various activities carried out by PPABAM is comprised of four aspects namely education, culture, welfare, and cultivation, and they serve as the focus of this study in which it facilitates our understanding in regards to the PPABAM’s dissemination and development trend that plays a vital role in spreading the religious teachings of Buddhism in Malaysia. The Master Chin Kung Model's Four Holy Aims comprises of: 1. Restoring Buddhism through traditional Buddhism education, which focuses on the worldly teachings, the universe, and the hereafter as taught th
目次Abstract 79
Abstrak 80
1. Pendahuluan 81
2. Peringkat Penyebaran dan Perkembangan PPABAM 81
(1)Peringkat Persediaan Dalam Penubuhan (1993-1995) 81
(2)Peringkat Permulaan Operasi Selepas Penubuhan (1996-2000) 82
(3)Peringkat Perkembangan (2001-2010) 82
(4)Peringkat Pengukuhan (2011-2014) 86
3.Dari segi pentadbiran, PPABAM menganjur dan memantau pelbagai aktiviti 88
4.Dari segi keagamaan, PPABAM menganjur dan memantau pelbagai aktiviti 94
5.Mengkaji peranan penting PPABAM dalam empat aspek iaitu pendidikan, kebudayaan, kebajikan dan kultivasi melaksanakan aktiviti 95
6.Kesimpulan 107
Rujukan 108
ISBN9789671009147
點閱次數238
建檔日期2023.12.18
更新日期2023.12.18










建議您使用 Chrome, Firefox, Safari(Mac) 瀏覽器能獲得較好的檢索效果,IE不支援本檢索系統。

提示訊息

您即將離開本網站,連結到,此資料庫或電子期刊所提供之全文資源,當遇有網域限制或需付費下載情形時,將可能無法呈現。

修正書目錯誤

請直接於下方表格內刪改修正,填寫完正確資訊後,點擊下方送出鍵即可。
(您的指正將交管理者處理並儘快更正)

序號
689120

查詢歷史
檢索欄位代碼說明
檢索策略瀏覽